Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri solehah atau suami yang soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kita dunia dan akhirat. Biar pun kita pernah bercerai setelah berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya.
Perkahwinan adalah suatu yang
dituntut di dalam Islam kerana ianya adalah satu perkara yang mulia , banyak
hikmahnya dan sudah bermula dari dalam syurga dulu lagi iaitu perkahwinan
antara Adam dan Hawa. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith
untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di dunia dan di akhirat
insyaAllah.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang
sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi
Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga
kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”.
(Surah An-Nur : ayat 32-33)
“Allah menjadikan bagi kamu
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri
kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.
Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah
?” (Surah An Nahl : Ayat 72)
“Maha Suci Tuhan Yang telah
menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan
oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak
mengetahuinya.” (Surah Yaa Sin : Ayat 36)
“Ada tiga golongan manusia yang
berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba
yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin
memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251,
Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu
Hurairah radliyallahu ‘anhu).
Panduan dari AlQuran
“Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis
kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah
Ar-Ruum : 21)
“Dan Allah membuat isteri
Fir’aun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika isteri
Fir’aun berkata: “Wahai Rabbku, bangunkanlah untukku di sisi-Mu sebuah rumah
dalam syurga. Dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan
selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Perumpamaan yang lain bagi
orang-orang beriman adalah) Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya,
maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia
membenarkan kalimah-kalimah Rabbnya dan kitab-kitab-Nya, dan adalah dia
termasuk orang-orang yang taat.” (Surah At-Tahrim: 11-12)
Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah
berkata dalam kitab tafsirnya: “Allah yang Maha Tinggi berfirman bahawasanya
Dia membuat perbandingan bagi orang-orang yang membenarkan Allah dan mentauhidkanNya,
dengan isteri Fir’aun yang beriman kepada Allah, mentauhidkanNya, dan
membenarkan Rasulullah Musa ‘alaihissalam. Sementara wanita ini di bawah
penguasaan suami yang kafir, satu dari sekian musuh Allah. Namun kekafiran
suaminya itu tidak memudharatkannya, kerana dia tetap beriman kepada Allah.
Sementara, termasuk ketetapan Allah kepada makhlukNya adalah seseorang tidaklah
dibebani dosa orang lain (tapi masing-masing membawa dosanya sendiri, dan
setiap jiwa mendapatkan apa yang dia usahakan.” (Jami’ul Bayan fi Ta`wilil
Qur`an/ Tafsir Ath-Thabari, 12/162)
Seorang isteri yang shalihah, dia
akan bersabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya dan sabar dengan
kesulitan hidup bersama suaminya. Tidaklah dia mudah berkeluh kesah di hadapan
suaminya atau mengeluhkan suaminya kepada orang lain, apalagi mengumpat suami,
menceritakan aib / cacat dan kekurangan si suami. Bagaimana pun kurangnya suami
dan kesempitan hidup bersamanya, dia tetap bersyukur di sela-sela kekurangan
dan kesempitan tersebut, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala memilih lelaki muslim
yang beriman kepada Allah dan hari akhir sebagai pendamping hidupnya. Dan tidak
memberinya suami seperti suami Asiyah bintu Muzahim yang sangat kafir kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berbuat aniaya terhadap isteri kerana dia beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya.
“Hai orang-orang yang beriman,
jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang
tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan”. (Surah At-Tahrim : 6)
“Wanita yang shalihah ialah
yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana
Allah telah memelihara (mereka)”. (Surah An-Nisaa : ayat 34)
“Dan janganlah kamu menikahi
wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang
mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan
janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin)
sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik dari orang
musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah
mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
(perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.”
(Surah Al Baqarah : Ayat 221)
“Diharamkan atas kamu
(mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang
perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang
perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak
perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu;
saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu
yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu
belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa
kamu mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu
(menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara,
kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nisaa’ : Ayat 23)
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah
kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati
(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
(Surah Al Furqaan : Ayat 74)
Ayat dalam Surah Al-Furqaan di
atas ini boleh juga dijadikan sebagai doa, dan sebaiknya dibaca dalam doa selepas
solat atau waktu-waktu lainnya.
“Dan janganlah kamu mendekati
zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk.” (Surah Al Israa’ : Ayat 32)
Panduan dari AlHadith
Rasulullah S.a.w bersabda yang
mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka dia telah melengkapi separuh dari
agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang
separuhnya lagi”. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, “Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai
ramai anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab ramainya kalian di hadapan
para nabi nanti pada hari Kiamat.” (Hadith Riwayat Ahmad No: 13594 , dan
disahihkan oleh Ibnu Hibban)
“Wanita dikahwini kerana empat
hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana
agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak
demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123,
Muslim 4:175).
“Daripada Abu Hurairah r.a
berkata, sabda Rasullullah s.a.w kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin
dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya?" jawabnya
tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). "Pergilah melihatnya supaya
perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Nasai)
Rasulullah s.a.w bersabda dalam
satu hadis, ‘Jika kamu meminang wanita, maka jika boleh melihat pada wanita
tersebut untuk dinikahi, maka laksanakanlah.” (Hadis Riwayat Jabir)
Abdullah Ibnu Mas’ud
Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda
pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu
berkeluarga hendaknya dia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan
memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat
mengendalikanmu.” (Muttafaq Alaih)
Dari Ibnu Umar ra bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah seseorang di antara kamu melamar
seseorang yang sedang dilamar saudaranya, hingga pelamar pertama meninggalkan
atau mengizinkannya.” (Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Bukhari)
Hadith di atas menunjukkan
tentang haramnya mengganggu apa lagi cuba merampas tunang orang lain. Menurut
Dr Yusof AlQardhawi, adalah diharamkan juga seorang muslim meminang
pinangan saudaranya kalau ternyata sudah mencapai tingkat persetujuan dengan
pihak yang lain. Sebab laki-laki yang meminang pertama itu telah memperolehi
suatu hak dan hak ini harus dipelihara dan dilindungi, demi memelihara
persahabatan dan pergaulan sesama manusia serta menjauhkan seorang muslim dari
sikap-sikap yang dapat merosakkan identiti. Sebab meminang pinangan saudaranya
itu serupa dengan perampasan dan permusuhan.
Tetapi jika laki-laki yang
meminang pertama itu sudah memalingkan pandangannya kepada si perempuan tersebut
atau memberikan izin kepada laki-laki yang kedua, maka waktu itu laki-laki
kedua tersebut tidak berdosa untuk meminangnya. Kerana sesuai dengan sabda
Rasulullah s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut:
"Seorang laki-laki tidak
boleh meminang pinangan laki-laki lain, sehingga peminang pertama itu
meninggalkan (membatalkan) atau mengizinkannya." (Hadith Riwayat
Bukhari)
“Barangsiapa memberi kerana
Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan
menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Dari Zakwan dia berkata: Aku
mendengar Aisyah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang seorang
gadis perawan yang dinikahkan oleh keluarganya, apakah dia harus dimintai
persetujuan atau kah tidak? Beliau menjawab: "Ya, harus dimintai
persetujuan!" Lalu Aisyah berkata: Aku katakan kepada beliau,
perempuan itu merasa malu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Itulah tanda
setujunya bila dia diam." (Shahih Muslim No.2544)
“Sesungguhnya dunia seluruhnya
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang
sholehah.” (Hadith Riwayat Muslim)
Doa sesudah menikah semoga semua
urusan lancar Q.S.18 (Al Kahfi) ayat 10 :
… رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ
رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
10. …..”Wahai Tuhan kami, berikanlah
rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang
lurus dalam urusan kami (ini).”
Doa untuk ibu hamil (dibaca oleh ibu
hamil) Q.S.3 (Ali Imran) ayat 35 :
… رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ
مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّراً فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ
35….”Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku
menadzarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh
dan berkhidmat (kepada Mu). karena itu terimalah (doaku) ini . Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Ayat sebelum menikah semoga
mendapatkan jodoh yang baik :
Q.S.26 (Asy-Syura) ayat 83 :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي
بِالصَّالِحِينَ
83. (Ibrahim berdoa): “Ya Tuhanku,
berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan
pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.
Doa dan ayat saat jodoh menikah
Q.S.17 (Al Isra’) ayat 80 :
رَّبِّ
أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن
لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
80. “Ya Tuhan-ku, masukkanlah dengan
cara yang baik dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara keluar yang baik dan
berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong”.
Q.S.16 (An Nahl) ayat 78 :
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ
أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ
وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ
78.dan Allah mengeluarkan kamu dari
perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu
pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.
Do’a untuk ibu hamil dibaca oleh
suami-istri, Q.S.2 (Al Baqarah) ayat 286 :
… رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن
نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا
حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ
طَاقَةَ لَـنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ
مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
286………”Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah
Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan
rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum
yang kafir.”
Tentang mendapat jodoh anak
Q.S.25 (Al Furqan) ayat 74 :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ
أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ
إِمَاماً
74.”Ya Tuhan kami, anugrahkanlah
kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati
(kami), dan Jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Q.S.3 (Ali Imran) ayat 173 :
.. حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ
الْوَكِيلُ
173.: ………..“Cukuplah Allah menjadi
penolong kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”.
Q.S.8 (Al Anfal) ayat 40 :
.. نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ
النَّصِيرُ
40. ………. Dia adalah Sebaik-baik
pelindung dan Sebaik-baik penolong”.
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ
اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظيْمِ
“Tidak ada daya upaya dan kekuatan,
melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia”
Doa ibu yang sedang menyusui Q.S.26
(Asyu’ara) ayat 78 – 80 :
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ
﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ
يَشْفِينِ ٨٠
78. “(Dia-lah Allah SWT) yang telah
menciptakan aku, Maka Dialah yang menunjuki aku”,
79. “dan Dia-lah Tuhan yang
memberiku makan dan minum”,
80. “dan apabila aku sakit, Dialah
yang menyembuhkan aku.,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar